Secara umumnya, ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan bahasa menurut konteks. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal.
Bahasa Formal
Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, seperti urusan surat-menyurat, semasa mengajar atau bertutur dengan orang yang kita tidak kenal mesra atau lebih tinggi status dan pangkatnya. Bahasa formal mengambil kira sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya. Ia digunakan dengan betul dan teratur.
Bahasa formal merujuk kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap dan memerlukan segala strategi pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat dan hormat dalam konteks formal. Bahasa formal tidak sama dengan bahasa rasmi. Bahasa rasmi menyatakan taraf sesuatu bahasa, manakala bahasa formal merujuk kepada keadaan penggunaan sesuatu bahasa. Oleh tu, bahasa formal lebih mementingkan penggunaan bahasa yang sesuai dengan konteks penggunaan bahasa itu, ganti nama yang berpadanan dan kata-kata aluan yang tersusun rapi.
Bahasa formal biasanya memerlukan penggunaan nahu yang lengkap dan tidak melanggar hukum tatabahasa Melayu. Selain itu, bahasa formal juga memerlukan intonasi yang sempurna, bersesuaian dengan konteks. Secara ringkasnya, bahasa formal bersifat lebih rasmi den teratur dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan.
Bahasa Tidak Formal
Bahasa tidak formal merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti dalam perbualan sehari-hari, khususnya dengan orang yang kita kenal mesra. Bahasa tidak formal ialah bahasa yang digunakan dengan tidak mengambil kira sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya.
Bahasa tidak formal dapat dilihat melalui cirinya yang ketara, iaitu percampuran kod. Kod dalam bahasa ialah unsur-unsur bahasa yang digunakan dalam perhubungan, umumnya perkataan atau sebarang unsur bahasa lain. Percampuran kod merupakan salah satu ciri yang paling menonjol dalam Bahasa Melayu tidak formal. Percampuran kod berbeza dengan pertukaran kod. Pertukaran kod ialah penggunaan bahasa yang rapi dan terkawal. Cuma satu bahasa atau kod lain digunakan untuk memnerikan suatu kesan tertentu.
Contoh : I suka menggunakan komputer kerana ia sophisticated dan mempercepatkan kerja-kerja pejabat I yang bertimbun-timbun.
Perbezaan antara Bahasa Formal Dan Bahasa Tidak Formal
1) Pilihan Ganti Nama
- bahasa tidak formal menggunakan nama sendiri bagi ganti nama orang pertama. Kadang-kadang ganti nama Bahasa Inggeris ‘I’ dan ‘you’ digunakan untuk menggambarkan unsur kemesraan antara sahabat karib.
Contoh : Imah tak mau ke bandar sorang-sorang
- dalam bahasa formal nama sendiri tidak boleh digunakan untuk menggantikan saya.
Contoh : Saya tidak mahu ke bandar seorang diri.
2) Penggunaan kata gelaran
- dalam bahasa tidak formal tidak tedapat kata gelaran lengakap yang digunakan.
Contoh : Pakcik duduk dengan sapa? Tak sunyi ke pakcik duduk sorang-sorang?
- dalam bahasa formal, kata gelaran digunakan selengkap-lengkapnya. Kata gelaran hormat seperti encik, puan, tuan dan kata gelaran jawatan seperti doktor, inspektor, cikgu, profesor dan sebgainya digunakan sepenuhnya dalam perbualan formal.
Contoh : Encik tinggal dengan siapa?Tidakkah encik berasa sunyi tinggal seorang diri?
3) Penggunaan kata singkatan atau unsur kependekan
- dalam bahasa tidak formal kata singkatan banyak sekali digunakan.
Contoh: tidak à tak
hendak à nak
mahu à mau
adik à dik
kakakà kak
bapakà pak
Contoh : Makcik duduk kat P.J. , kat
barang boleh beli.
- Dalam bahasa formal tidak terdapat langsung kata singkatan kerana bahasa ini menitikberatkan penggunaan bahasa yang lengkap dan teratur.
Contoh : Saya tinggal di Petaling Jaya, di
4) Unsur ‘-lah’
- dalam bahasa tidak formal, unsur ini banyak digunakan dalam perbualan,
Contoh : Kau ni asyik termenunglah. Telefonlah buah hati engaku tu. Manalah tahu kot-kot dia ada kat rumah.
- dalam bahasa formal unsur ini tidak digunakan.
Contoh : Awak ini asyik termenung sahaja.
5) Percampuran kod
- Dalam bahasa tidak formal, percampuran kod atau penggunaan kata-kata daripada bahasa lain seperti bahasa Kantonis, Hokkien, Arab, Inggeris dan Tamil ke dalam bahasa Melayu sering digunakan dalam perbualan.
Contoh : I tak dapat ambik anak I from school hari ini. I ada meeting hari nilah.
- Contoh dalam bahasa formal : Saya tidak dapat menjemput anak saya dari sekolah hari ini kerana terpaksa menghadiri mesyuarat penting.
6) Intonasi
- dalam bahasa tidak formal, intonasi mengiringi ungkapan-ungkapan yang lebih pendek dan tidak memberikan pola intonasi sepenuhnya.
- dalam bahasa formal, intonasi lebih lengkap digunakan untuk menggambarkan segala pola intonasi, seperti dalam ayat penyata dan ayat tanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar